Pola Ayat

TATABAHASA: Frasa dan Fungsi Frasa

 1. Frasa berfungsi sebagai subjek dan predikat dalam binaan ayat. Binaan frasa pula boleh terdiri daripada satu perkataan sahaja ataupun beberapa perkataan. Contoh :
Subjek
Predikat
1.      Ibu
guru.
2.     Ibu budak itu
guru sekolah.
3.     Bapa budak lelaki itu
guru sekolah ugama.

 2.   Frasa juga berfungsi menentukan pola ayat dengan kehadirannya dalam sesuatu binaan ayat. Dalam Bahasa Melayu, binaan ayat terdiri daripada empat pola yang utama iaitu :
             I.   Frasa Nama + Frasa Nama                        (FN + FN)
            II.  Frasa Nama + Frasa Kerja                         (FN + FK)
           III. Frasa Nama + Frasa Adjektif                   (FN + FA)
            IV. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama              (FN + FS)

Dalam Bahasa Melayu, semua binaan subjek terdiri daripada Frasa Nama (lihat contoh di atas). Manakala pola ayat dalam binaan predikat ditentukan oleh kehadiran frasa yang menjadi inti iaitu unsur yang diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi makna.

a.   Jika frasa nama yang menjadi inti dalam binaan predikat, maka pola ayat tersebut adalah sebagai frasa nama + frasa nama.Contoh :

Subjek
Predikat Frasa Nama
1.      Ayahnya
pengurus.
2.     Mereka
pelajar sekolah menengah.
3.     Isteri Encik Ali
pegawai di syarikat itu.

b.   Jika frasa kerja yang menjadi inti dalam binaan ayat, maka pola ayat tersebut adalah sebagai Frasa Nama + Frasa Kerja.Contoh :
Subjek
Predikat Frasa Kerja
1.      Orang itu
memanggil saya.
2.     Mereka semua
melambaikan tangan.
3.     Kanak-kanak
menaiki bas sekolah.

c.   Jika frasa adjektif yang menjadi inti dalam binaan predikat, maka pola ayat tersebut adalah sebagai Frasa Nama + Frasa Adjektif. Contoh:
Subjek
Predikat Frasa Adjektif
1.      Dia
pandai.
2.     Orang tua itu
sangat baik hati.
3.     Kucing kesayangan itu
gemuk.

d.   Jika frasa sendi nama yang menjadi inti dalam binaan predikat, maka pola ayat tersebut adalah sebagai Frasa Nama + Frasa Sendi Nama. Contoh:
Subjek
Predikat Frasa Sendi Nama
1.      Adik saya
di rumah.
2.     Mereka semua
dari kampung.
3.     Arahan itu
kepada semua pekerja.

   Frasa juga berfungsi sebagai objek atau penyambut kepada kata kerja transitif dalam binaan frasa kerja. Dalam Bahasa Melayu, objek atau penyambut ini mestilah daripada frasa nama. Contoh:

Frasa kerja dengan satu objek frasa nama.
i.             Saya menjawab surat itu.
ii.           Dia tidak mengabaikan tugasnya.
iii.                Mesin itu mengepam air.

Frasa kerja dengan dua objek frasa nama.
i.             Ahmad menghadiahi Ali buku.

ii.    Wanita itu membelikan anaknya baju.
Ringkasnya:
1.    Pelajar perlu ingat kesemua pola ayat yang ada dalam Bahasa Melayu seperti berikut:

2. Setiap frasa awal adalah frasa nama (FN), dan penentu untuk frasa kedua ialah perkataan awal yang ada dalam predikat.