LITERASI: Virus Covid-19 - Teguran Daripada Allah


Sebagai permulaan pengajaran, para pelajar diminta untuk meneliti gambar-gambar berikut. Setelah itu, suarakan pendapat kamu di dalam group whatsapp masing-masing:
Pernah tak kita fikir kenapa Allah hantar virus kepada kita semua? Walhal kita rasa kita tak ada buat apa-apa dosa pun! Kita tak nampak selagi mana Allah tak tegur.. apabila Allah tunjuk satu-satu..






















Namun benarkah Covid19 ini merupakan bala atau balasan daripada Allah? Perhatikan video di bawah ini. (Sila tekan untuk memainkan video berikut)



Baca petikan di bawah ini dengan teliti mengikut tempoh masa yang diberikan oleh guru kamu.

Dunia pada hari ini digegarkan dengan sejenis virus bernama virus korona atau lebih dikenali sebagai Covid-19 yang telah mengancam ribuan nyawa para penduduk di dunia ini. Hari demi hari kita melihat betapa drastiknya peningkatan jumlah kematian di negara lain sehingga ramai individu melihatnya sebagai bala atau balasan daripada Allah SWT. Namun, selaku seorang yang beriman kepada Allah, segala yang berlaku kita perlu yakini bahawa terdapat hikmah di sebaliknya.

Secara peribadi, bolehlah dikatakan bahawa Covid-19 ini merupakan teguran daripada Allah. Terdapat banyak perkara dalam gaya hidup masyarakat Brunei yang boleh dikaitkan dengan perkara ini. Antaranya ialah kemunculan Covid-19 ini membuatkan kita ingat kepada Allah. Mungkin sebelum ini kita alpa akan nikmatnya, tidak bersungguh-sungguh menunaikan perintahNya sehingga berlakunya musibah ini. Dalam hal ini, Allah pernah berpesan melalui firmanNya dalam Surah al-Baqarah ayat 152 “Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat (pula) kepadamu”.

Selain itu, konsep perkahwinan masyarakat di Brunei juga terlalu jelas menitikberatkan adat dan budaya puak masing-masing. Walhal, Islam telah mengajar kita melalui hadith Nabi Muhammad SAW, iaitu “Sebaik-baik perempuan adalah yang paling murah maharnya”. Perkara yang berlaku di Brunei adalah sebaliknya, pembaziran sangat jelas berlaku dengan penyewaan pelamin, dewan, hiburan-hiburan yang dihadiri oleh ribuan para jemputan yang lazimnya ditanggung kos sepenuhnya oleh kedua mempelai. Ketika berlakunya Covid19 ini, masyarakat kita dilarang untuk mengadakan majlis perkumpulan ramai, dan hanya dibenarkan melaksanakan majlis akad nikah sahaja yang cukup sederhana majlisnya yang dihadiri tidak melebihi 20 orang.

Pergaulan anak remaja antara lelaki dan perempuan pada hari ini pula sering melebihi batas ugama. Seperti tiada perasaan takut akan larangan ugama seperti hadith riwayat Thabrani “Lebih baik kepala salah seorang dari kalian ditusuk dengan jarum besi daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya”. Hadirnya Covid19 meminta kita untuk membuat penjarakan sosial walau dengan siapa sahaja. Ini boleh dikategorikan sebagai teguran kepada kita dalam menghadkan batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dalam segala urusan, baik urusan kerja atau peribadi.

Akhir sekali berkenaan amalan menjaga kebersihan. Sebagaimana yang diketahui Covid19 adalah disebabkan oleh amalan tidak menjaga kebersihan. Walau agak sukar diterima, namun hakikat yang jelas ialah ramai yang sudah terkena jangkitan virus ini walaupun mereka dalam keadaan ‘sihat’. Kebersihan adalah tuntutan dalam agama Islam kerana ia merupakan sebahagian daripada iman. Sebagai langkah berjaga-jaga, Yang Berhormat Menteri Kesihatan pernah menjelaskan ketika sidang media bertarikh 10 Mac 2020 bahawa pengambilan air wudhu adalah selari dengan nasihat-nasihat menjaga kebersihan diri seperti mencuci tangan, mencuci hidung dan mulut dan anggota tubuh badan lainnya. Banyak lagi persoalan yang boleh timbul dalam perkara ini namun sekian sahaja dahulu nukilan dan pandangan peribadi berkenaan teguran daripada Allah melalui Covid-19 ini daripada seorang anak tempatan warga Brunei.

Jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat yang lengkap.

  1. Jelaskan maksud Covid19 berdasarkan petikan yang kamu baca.
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

  1. Mengapakah adat dan budaya sangat ditekankan pelaksanaannya dalam majlis perkahwinan?
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

  1. Apakah yang akan berlaku jika pergaulan di kalangan remaja (lelaki dan perempuan) tidak mengikut batasan ugama?
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

  1. Kenapa kebersihan itu sangat penting dijaga dalam kehidupan?
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


  1. Pada pendapat kamu, bersetujukah kamu dengan petikan ini secara keseluruhannya. Berikan alasan kamu.
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

  1. Berikan makna perkataan di bawah berdasarkan penggunaannya dalam petikan di atas.
a)    drastik     : _________________________________________________
b)    alpa         : _________________________________________________
c)     mempelai : ________________________________________________
d)    tuntutan   : _________________________________________________
e)    nukilan     : _________________________________________________
[ 15 markah ]

Mengakhiri pengajaran pada hari ini, marilah kita sama-sama berdoa dan mengaminkan doa Kebawah Duli Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenaan Covid19 ini, sekaligus menghayati pengorbanan para petugas dari Kementerian Kesihatan dalam menangani wabak Covid19 di negara ini. (Sila tekan untuk mainkan video di bawah ini)