Penggunaan telefon bimbit ada kebaikan dan keburukan kepada pelajar. Bincangkan.

Baru-baru ini pelajar kurang memahami kehendak soalan yang cikgu keluarkan dalam peperiksaan. Pelajar keliru dengan menghuraikan kebaikan internet pula. Berikut adalah contoh petikan karangan untuk dikongsi bersama. 

Soalan:
Penggunaan telefon bimbit ada kebaikan dan keburukan kepada pelajar. Bincangkan.

Telefon bimbit adalah sejenis alat yang mesti dimiliki oleh setiap individu. Ianya banyak memberi manfaat kepada kita manusia dalam pelbagai perkara dan selaras dengan era zaman moden pada masa kini. Walaupun begitu, penggunaan telefon bimbit ada kebaikan dan keburukannya.

          Kebaikan penggunaan telefon bimbit ialah ia memudahkan manusia untuk berhubung secara talian. Bagi kami para pelajar pula, melalui kemudahan berkomunikasi ini, ia memberikan kami ruang untuk berbincang mengenai perkara sekolah secara talian melalui aplikasi-aplikasi tertentu seperti whatsapp. Contohnya kami boleh berbincang tentang kerja rumah, mengingatkan tentang peperiksaan, berbincang tentang tugasan yang diberikan oleh guru kami dan sebagainya.

          Selain itu, telefon bimbit juga memudahkan para pelajar untuk melaksanakan tugasan projek mereka. Mereka boleh mencari bahan-bahan berkaitan seperti gambar, info maklumat serta video mengenai projek yang mereka kaji. Kesemua ini secara tidak langsung mengisi minda pelajar dengan pelbagai maklumat baru yang tidak mungkin diperolehi daripada buku teks sekolah. Contohnya, bagi mata pelajaran sejarah, pelajar boleh menunjukkan gambar-gambar peninggalan sejarah dan penceritaannya untuk dimuatkan dalam penulisan projek mereka.

          Telefon bimbit juga ada keburukannya. Salah satu keburukan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar ialah pelajar mudah terlalai bermain telefon bimbit. Kelalaian sebegini boleh menyebabkan mereka lupa untuk membuat ulangkaji di rumah atau menyiapkan kerja rumah. Ini kerana telefon bimbit dapat memuat naik aplikasi permainan yang mengasyikkan yang apabila ianya dimainkan ia memakan masa lapang pelajar berjam-jam lamanya. Di antara contoh permainannya ialah Clash Royale, COC dan sebagainya.

          Melalui telefon bimbit, para pelajar juga mudah terdedah kepada bahan-bahan negatif yang ada di laman-laman internet. Di antaranya para pelajar boleh terdedah dengan video-video pornografi, gambar-gambar yang tidak senonoh malahan juga bertentangan dengan ajaran ugama Islam. Hal ini dikhuatiri mempengaruhi keperibadian seseorang pelajar Melayu tersebut kepada seseorang yang tidak berakhlak. Sebagai contoh, pelajar boleh mengakses budaya-budaya Barat seperti budaya ‘Punk’, rambut berwarna dan sebagainya melalui telefon bimbit mereka. Tidak mustahil jika para pelajar tersebut mengikuti budaya tersebut. Hasilnya identiti kemelayuan mereka tercemar.

          Penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar sememangnya ada kebaikan dan keburukan. Para pelajar dinasihatkan untuk membuat pertimbangan terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu melalui telefon bimbit mereka. Ibu bapa adalah individu yang paling tepat untuk memerhatikan penggunaan pelajar terhadap telefon bimbit mereka. Jika perkara ini dapat dikawal dengan baik, keburukan-keburukan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar dapati diatasi dengan kerjasama semua pihak.


18 ulasan

Huraian 2 kebaikan telefon bimbit kepada pelajar

PUBG salah satu pemainan gila gila

Walaubagaimanapun ianya dari diri kita sendiri jika kita pandai mengunaakannya dan berfikr secara baik maka tiada kesan negetif ak berlaku tapi sebaliknya jika kita sendiri tidak pandai menggunakanya maka ianya akan memberi kesam negetif

Tolong jangan cakap perkataan itu!Saya akan lapor kepada polis

Jijak kepala kau nanti awt kau fikir org yg buat karangan nei dia guna lutut ke ahh... sekali aku libas kepala baru tau